ISNIN
Tetiba pagi ni viral video seorang lelaki dewasa memarahi budak usia 4 tahun kerana baling objek tumpul ke arah keretanya yg sedang melalui depan rumah tersebut.
Bagi pendapat kaklong..mmg patut lelaki dewasa itu menemui ibubapa atau penjaga kanak2 tersebut utk memberitahu serta menegur tentang perbuatan tak sepatutnya itu. Tapi biarlah bercakap tu dengan bahasa yg molek sket walaupun ketika itu dalam keadaan amarah dan bengang sangat. Hati kena bawakkan sabar dan banyakkan beristighfar ketika kejadian berlaku.
Kanak2 ni mmg kena tegur apabila mereka melakukan kesalahan. Jangan pandang ringan. Mujur kereta tu takde rosak apa2. Andainya cermin pecah segala...kan dh nak kena ganti balik kerosakan tersebut. Tak pasal2 jer, kan. Patut duit tu leh belanja utk perkara lain..dh kena utk ganti rugi kerosakan kereta orang lain akibat kelalaian kita sebagai ibubapa dalam menasihati anak2.
Andainya kita yg berada di tempat lelaki dewasa itu...mcm mana? Ada budak lain baling objek keras kat kereta kita...rasa mcm mana? Jgn cakap korang akan tenang.. Paling tidak hati tu akan rasa bengang.
Kaklong pernah mengalami situasi ini. Seorang kanak2 lingkungan usia 5 tahun camtu lebih kurang...tetiba aje baling batu kecil ke arah kereta kami yg sedang melalui jalan depan rumahnya. Kerana terkejut...kami pun berhentikan kereta dan melihat cermin kereta sedikit terserpih. YANG SEDIHnya....mak kanak2 yg sedang berada di pintu rumah tetiba memanggil anaknya itu masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Bukan nak datang memohon maaf pun. Dia sendiri nampak apa yg anak dia buat. Mmg kesal dan ralat dengan keadaan itu.
Mujur cermin kereta cuma terserpih sedikit sahaja...dan kami pulak masa tu sedang bergegas nak ke tempat kerja. Sekiranya teruk...kami juga akan turun dan bertemu empat mata dengan si ibu kanak2 itu utk dia sentiasa menasihati serta mengingatkan anak2nya tentang bahana perbuatan yg bagi kanak2 utk seronok2 tetapi tidak bagi orang dewasa yg bukan senang WEHH....nak cari duit nak bayar ansuran bulanan kereta dan nak ganti semula kerosakan sekiranya ibubapa kanak2 itu tidak mahu bertanggungjawab!!!
Boleh baca komen2 lain tentang isu viral ini di mynewshub
TaTa..TiTi..TuTu..
Saya pun sedang alami perkara yg sama. Budak2 nakal main tembak2 arah rumah saya. Pistol manik ke arah cermin tingkap rumah dan kereta. Pistol manik mungkin tidak akan pecahkan cermin, tetapi kenapa Mak ayah dia org tahu tp biarkan.. dan hari ni sebiji guli melantung hampir terkena kepala ayah saya.
ReplyDelete