Tuesday, 6 September 2016

Siapa kita utk pertikai

06.09.2016
SELASA

Musim haji kali ni heboh mengenai seorang artis wanita yg baru sahaja daftar haji tetapi terpilih utk menunaikan haji pada musim tahun ini. Ada yg iri hati, yg mempertikaikan disebabkan beliau adalah seorang artis wanita jelita yg berpengaruh. Kalau yg menunggu giliran tu mempertikai tu mungkin relevan jugak...ini yg tak pernah daftar haji lagi pun sibuk masuk campur. Hairan jugak.

Sebenarnya seruan haji ni dari siapa...itu kena paham. Jagalah hati tu, lapangkan dada, redha. Jangan disebabkan tidak bersetuju dengan rezeki orang yg Allah dh tetapkan...kita akan menambah dosa secara tak sengaja. Sedangkan dosa yang sendiri ada pun tak tertanggung.

Jom kita lihat apa yg Tabung Haji jawab mengenai isu tersebut.

 


TaTa..TiTi..TuTu..

No comments:

Post a Comment