Sunday, 11 September 2016

Dua atlit paralimpik menang emas dan cipta rekod dunia..

11.09.2016
AHAD

Kontinjen Malaysia pada temasya Paralimpik Rio 2016 telah melakar sejarah memenangi 2 pingat emas. Emas pertama menerusi pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) lelaki dengan masa 12.07s sekaligus memecahkan rekod dunia dan rekod paralimpik. Perak dimenangi oleh peserta dari China, gangsa dari negara Brazil selaku tuan rumah.

 

Emas kedua dari Muhammad Ziyad Zolkefli melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran). Ziyad yg pernah memenangi pingat gangsa Paralimpik London telah mencipta rekod baru dunia pada percubaan pertamanya dengan jarak 16.40m sekaligus memadam rekod lama.

Kemudian sekali lagi Ziyad mencipta rekod lebih baik pada lontaran percubaan ke-5 nya dengan jarak 16.84m sekaligus menjadi rekod dunia dan paralimpik terbaru.
Perak dimenangi dari Greece manakala gangsa dari Australia iaitu pemegang rekod acara yg sama pada Paralimpik London 4 tahun lepas.

Tahniah dan syabas kepada mereka berdua atas kejayaan ini. Kaklong pun tak leh nak lari 100m 12.07s tu dek. Mau seratus saat kot, heheh..
KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, melakar sejarah tersendiri selepas memenangi dua pingat emas, setiap satunya mencipta rekod dunia dan rekod paralimpik. Pingat emas pertama negara diperoleh menerusi pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy). Dalam acara yang berlangsung di Stadium Olimpik itu, Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadam rekod Sukan Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008. Pingat perak dimenangi Yang Yifei dari China dengan catatan 12.20s dan gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Rodrigo Parreira da Silva dengan 12.54s.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191777

Berita penuh boleh KLIK BERITA HARIAN


TaTa..TiTi..TuTu..

No comments:

Post a Comment