SABTU
Akhirnya..Usain Bolt telah berjaya memungut pingat emas ketiganya dalam Olimpik Rio 2016 ini setelah menjuarai acara 4x100m bersama rakan sepasukan negaranya (JAMAICA) Nickel Ashmeade, Yohan Blake dan Asafa Powell dengan catatan masa 37.27 saat.
Pingat perak di tempat kedua dimenangi oleh pelari 4x100 dari negara Jepun. Manakala pingat gangsa dimenangi oleh negara Kanada selepas Amerika Syarikat dibatalkan kemenangannya atas sebab pelepasan baton salah seorang pelari kepada pelari seterusnya di luar zon yg dibenarkan.
Jom tengok acara ini yang cuma dirakam dari tv rumah, hahahah.
Maaf. Saja simpan sini utk kenangan jer.
Kemenangan sebutir pingat emas utk acara 4x100m tadi bermakna Bolt telah pun memenangi 9 pingat emas dalam penyertaan Olimpik nya tiga kali berturut-turut..
TaTa..TiTi..TuTu..
No comments:
Post a Comment