Thursday, 18 August 2016

Beregu campuran Malaysia raih perak..

18.08.2016
KHAMIS

Tiada rezeki utk Malaysia memenangi pingat emas pertama dalam Olimpik Rio 2016 ini setelah pasukan beregu campuran negara iaitu Chan Peng Soon & Goh Liu Ying tewas 14-21, 12-21 di tangan pasukan lawan mereka dari Indonesia.

Sekadar memenangi pingat perak...namun itu sudah membuatkan kami berbangga dengan pencapaian itu. Nak ikutkan ini lah rasanya kali pertama pasukan beregu campuran negara mara sejauh ini iaitu sehingga ke perlawanan final. Mereka masih muda...mudah-mudahan terus kekal bersama dan mencari lebih skill utk persediaan di Olimpik Tokyo empat tahun akan datang.

Mereka sudah berusaha dan melangkah sejauh ini...syabas di atas kemenangan meraih pingat perak. Terbukti mereka juga adalah yang terbaik.

Gambar kredit dari FB Team Malaysia Olimpics

TaTa..TiTi..TuTu..



No comments:

Post a Comment