20.08.2016
SABTU
Tewas akhirnya pasangan badminton beregu lelaki negara iaitu V Shem & Tan Wee Kiong di perlawanan akhir setelah tumpas di tangan pasangan dari China iaitu Fu HaiFeng & Zhang Nan sebentar tadi 21-16, 11-21 & 23-21 dengan memenangi pingat Perak.
Kemenangan di set yg pertama tidak menjanjikan kemenangan seterusnya setelah mereka tewas pula di set kedua dan perlu berhempas pulas sedaya upaya memungut mata utk menang di rubber set. Namun rezeki berpihak kepada China walaupun pasangan beregu lelaki negara telah berusaha bersungguh2 ketika menentang pihak lawan.
Memetik status dari Sukan Star :-
"Datang sebagai pilihan ke 12 kejohanan, tewaskan beregu No 4 dunia di
peringkat kumpulan, tewaskan beregu No 1 dunia di peringkat Suku Akhir,
tewaskan beregu no 5 dunia di Separuh Akhir, tewas kepada beregu no 4
dunia di final dngn rubber set 21-23 set penentuan, bawa pulang Pingat
Perak Olimpik dalam penampilan pertama bersama.."
Syabas dan tahniah dari kami rakyat Malaysia di atas kesungguhan kamu berdua mengutip satu lagi pingat Perak dan mengharumkan nama negara di persada sukan terutamanya badminton..
TaTa..TiTi..TuTu..
No comments:
Post a Comment