Tuesday, 30 August 2016

Jawapan KJ atlit paralimpik tidak diberi perhatian

30.08.2016
SELASA

Viral pulak tentang adik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yg memenangi pingat emas acara 100m di Kejohanan Dunia Olahraga Para pada tahun lepas setelah atlit2 kita memenangi pingat perak dan gangsa dari Olimpik Rio 2016 diberi pelbagai ganjaran hebat.

Ada yg tidak pernah mengambil tahu tentang atlit paralimpik pun tetiba buka mata dan menuduh mululu serta yg bukan2 pada badan sukan negara. Ok, jom kita baca apa yg Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin kita nak kata.




Ternyata mereka juga dihargai...tapi orang ramai sendiri yg tak bukak mata.
Perkara mcm ni...bila saja nak cari salah orang baru nak viralkan. Kalo tidak...sape pun tak tau atlit para kita pun hebat di luar negara, huhu..


TaTa..TiTi..TuTu..




Monday, 29 August 2016

Uqasha buka tudung..

29.08.2016
ISNIN

Viral tentang Uqasha Senrose mengaku sudah tidak lagi bertudung. Boleh baca citer selanjutnya di SINI


Bila baca tentang pengakuannya tu...ntah laa. Boleh komen dalam hati aje lah.
Bila jadi camni....ketahui lah bukan sahaja Uqasha diuji Allah....kita yg membaca ni pun sedang diuji. Berdoa yg baik2 aje lah..


TaTa..TiTi..TuTu..


Friday, 26 August 2016

Video Ridzuan Puzi 100m Emas 2015

26.08.2016
JUMAAT

Jom tengok video larian 100m dari atlit para negara kita, adik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yg telah memenangi emas di Kejohanan Dunia Olahraga Para 2015.
Kagum dengan semangatnya. Dan bangga dengan kemenangannya. Bertambah terharu apabila lagu negara dimainkan di atas kemenangan emasnya pada acara itu.



Dah tengok dh kedua-dua video tu...
Kalo korang betul2 rakyat Malaysia dan seorang yg berhati mulia...mesti tersentuhkan melihat kegigihan adik Ridzuan ini berusaha menuju kejayaan dan cuba menyanyikan lagu Negaraku walaupun tidak sesempurna kita menyanyikannya dan ramai jer yg masih tak hafal liriknya ni, huh!!!


TaTa..TiTi..TuTu..

Thursday, 25 August 2016

Polis Scotland luluskan hijab sebagai seragam rasmi anggota polis..

25.08.2016
KHAMIS

Tatkala Perancis mencetuskan kontroversi dengan larangan pemakaian burkini menutup aurat di pantai2 negara mereka...Scotland pula meluluskan pemakaian hijab sebagai pakaian seragam rasmi anggota polis negara mereka. Ia nya sebagai usaha menarik lebih ramai wanita Muslim memilih polis sebagai kerjaya di samping menggalakkan pelbagai budaya di dalam pasukan keselamatan negara mereka itu.
Syabas Scotland. Terima kasih kerana menghormati umat Islam.

Berita lanjut boleh klik DI SINI.


TaTa..TiTi..TuTu..

Wednesday, 24 August 2016

Dipaksa buka burkini di Nice

24 Ogos 2016
RABU

**Polis paksa wanita buka bikini menutup aurat di Nice, Paris


Nota KakLong:-
Jika anda seorang Muslim...tak perlu lah nak join orang separuh bogel tu utk berehat di tepian pantai yg dh diwartakan larangan memakai bikini menutup aurat di Paris tu. Cari lah pantai lain yg lebih menarik dan tiada larangan sebegitu. Nakkkk jugak bersesak2 ngan dorang berjemur jadi udang bakar kat situ, mm..

Banyak lagi kot pantai2 kat dalam dunia ni yg lebih cantik, menarik utk dihayati keindahannya.


Klik link ini utk melihat berita penuh...


TaTa..TiTi..TuTu..

Tuesday, 23 August 2016

Kejar Pokemon Go

23.08.2016
SELASA

Bila permainan Pokemon Go sudah boleh di muat turun di applikasi Google Play/playstore...ia nya telah mendapat sambutan seperti yg dijangka.
Ia nya mmg ditunggu2 oleh penggemar siri Pokemon ni sejak mereka di usia kanak2 terutamanya yg sememangnya kaki gamers.

Banda Hilir dibanjiri 200 pemburu Pokemon hingga jam 2 pagi..
Ada yg mengatakan game ni membawa keburukan. Tapi ada jugak positifnya terutama pada kaki gamers yg dulunya dok berkurung dalam rumah atau di dalam cafe siber. Jika selama ini mereka berkurung...jarang keluar rumah utk beriadah mengeluarkan peluh....sekurang2nya game Pokemon Go ini telah mengubah mereka utk keluar ke merata2 tempat utk mencari pelbagai jenis dan spesis Pokemon utk dijadikan koleksi. ~Dorang akan ke taman2 riadah seperti taman tasik, taman bunga, taman permainan utk mencari beberapa pokemon tertentu yg terdapat di situ.
~Dorang akan ke shopping mall...
~Dorang akan ke tempat2 menarik, tempat2 highlight pelancongan dalam negara. Secara tak langsung dorang akan sampai ke tempat2 bersejarah negara, tempat2 ilmu, tempat2 pelancongan yg dorang tak pernah teringin pun nak pergi sebelum ni.
~Dorang akan melalui jalan2 yg sebelum ni jarang dorang lalu sebab ikut jalan yg sama jer setiap hari..

Itu adalah antaranya. Tetapi dalam apa perkara pun....jangan lah terlalu TAKSUB. Jika terlalu taksub itu yg akan membahayakan diri, membahayakan keselamatan diri, banyak buang masa. Sudah banyak berita2 keburukan apabila sudah terlalu taksub dgn games ini. Ada yg disaman kerana memandu sebab guna hp semasa memandu (nak tangkap pokemon laa tu!!), ada yg lemas termasuk dalam tasik sebab tak perasan (asyik sangat kejar pokemon), kemalangan di jalanraya semasa berjalan kaki melintas tetiba kejar pokemon dan banyak lagi lah.
Nak ikutkan...permainan ni boleh bermain bersahaja. Maksudnya...tidak perlu terlalu menekankan diri sehingga memaksa keadaan semata2 nak mengejari koleksi pokemon terutama yg 'rare' itu. Jagalah keselamatan diri, patuhi undang2 juga.


TaTa..TiTi..TuTu..

Monday, 22 August 2016

Kembar Chong Wei...muslimah

22.08.2016
ISNIN

Viral di internet dengan status fesbuk yg dibuat oleh seorang wanita yg mukanya ada iras Datuk Lee Chong Wei...iaitu Ika Syazwani. Sebenarnya dulu lagi dh viral tentang muka dorang yg sama lebih kurang ni tapi sejak DLCW dapat masuk final utk perseorangan lelaki badminton di Olimpik baru2 ni...ia kembali hangat diviralkan apatah lagi Ika Syazwani mengeluarkan status di fesbuk dengan memberi ucapan tahniah kepada TWIN nya, heheh..

Mmg nampak seiras betul.
Kaklong pun tak terkecuali laa tadi gi jengok fesbuk Ika ni. Dan tengok gambar2nya..mmg ada sisi2 di wajahnya seiras sangat ngan DLCW mcm kembar, hihi.


TaTa..TiTi..TuTu..

Saturday, 20 August 2016

Chong Wei pungut perak keempat negara..

20.08.2016
SABTU


Setelah berhempas pulas...akhirnya jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan Cheng Long (China) dengan straight set 18-21, 18-21 dalam perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki yang berlangsung sebentar tadi.
Perlawanan yg berlangsung di Riocentro Pavilion itu telah menyaksikan Chong Wei berjaya mengutip pingat Perak yang ketiga buat negara. Walaupun tidak perolehi emas...namun, rakyat Malaysia tetap berbangga dengan DLCW. Syabas!!!


TaTa..Titi..TuTu..

Usain Bolt dengan emas ke - 3

20.08.2016
SABTU

Akhirnya..Usain Bolt telah berjaya memungut pingat emas ketiganya dalam Olimpik Rio 2016 ini setelah menjuarai acara 4x100m bersama rakan sepasukan negaranya (JAMAICA) Nickel Ashmeade, Yohan Blake dan Asafa Powell dengan catatan masa 37.27 saat.

Pingat perak di tempat kedua dimenangi oleh pelari 4x100 dari negara Jepun. Manakala pingat gangsa dimenangi oleh negara Kanada selepas Amerika Syarikat dibatalkan kemenangannya atas sebab pelepasan baton salah seorang pelari kepada pelari seterusnya di luar zon yg dibenarkan.

Jom tengok acara ini yang cuma dirakam dari tv rumah, hahahah.
Maaf. Saja simpan sini utk kenangan jer.



Kemenangan sebutir pingat emas utk acara 4x100m tadi bermakna Bolt telah pun memenangi 9 pingat emas dalam penyertaan Olimpik nya tiga kali berturut-turut..


TaTa..TiTi..TuTu..


Tahniah V Shem & Tan Wee Kiong

20.08.2016
SABTU


Tewas akhirnya pasangan badminton beregu lelaki negara iaitu V Shem & Tan Wee Kiong di perlawanan akhir setelah tumpas di tangan pasangan dari China iaitu Fu HaiFeng & Zhang Nan sebentar tadi 21-16, 11-21 & 23-21 dengan memenangi pingat Perak.

Kemenangan di set yg pertama tidak menjanjikan kemenangan seterusnya setelah mereka tewas pula di set kedua dan  perlu berhempas pulas sedaya upaya memungut mata utk menang di rubber set. Namun rezeki berpihak kepada China walaupun pasangan beregu lelaki negara telah berusaha bersungguh2 ketika menentang pihak lawan.


Memetik status dari Sukan Star :-

"Datang sebagai pilihan ke 12 kejohanan, tewaskan beregu No 4 dunia di peringkat kumpulan, tewaskan beregu No 1 dunia di peringkat Suku Akhir, tewaskan beregu no 5 dunia di Separuh Akhir, tewas kepada beregu no 4 dunia di final dngn rubber set 21-23 set penentuan, bawa pulang Pingat Perak Olimpik dalam penampilan pertama bersama.."

Syabas dan tahniah dari kami rakyat Malaysia di atas kesungguhan kamu berdua mengutip satu lagi pingat Perak dan mengharumkan nama negara di persada sukan terutamanya badminton..


TaTa..TiTi..TuTu..

Friday, 19 August 2016

Chong Wei mara ke final

19.08.2016
JUMAAT

Syabas dan tahniah ke atas pemain badminton perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei kerana telah pun melayakkan diri ke final acara perseorangan lelaki setelah menewaskan musuh tradisinya dengan rubber set, Lin Dan (China) 15-21, 21-11, 22-20 yang berlangsung selama 79 minit di pusingan separuh akhir sebentar tadi.


Syabas DLCW
Chong Wei akan bertemu Cheng Long (China) di final pada Sabtu 20 Ogos jam 8.20 malam. Cheng Long telah berjaya menumpaskan Viktor Axelsen dari Denmark dengan straight set selepas kemenangan Chong Wei menentang Lin Dan di separuh akhir.

Jom tengok kutipan mata ke 21 dan mata ke 22 yang melayakkan Chong Wei ke final tadi. Saja simpan sebagai kenangan, kan. Rakam dari tv jer, heheh..





TaTa..TiTi..TuTu..


Usain Bolt menang emas lagi..

19.06.2016
JUMAAT

Raja Pecut bagai halilintar iaitu Usain Bolt telah memenangi pingat Emas dalam acara 200m akhir dengan catatan masa 19.78s dengan meninggalkan Andre De Grasse dari Kanada di tempat kedua dan Christophe Lemaitre dari Perancis di tempat ketiga.

Dengan kemenangan itu tadi..bermakna Usain Bolt telah pun memenangi acara ini tiga kali berturut-turut di pentas Olimpik. Bagaimanapun beliau gagal memecahkan rekod Olimpik mahupun rekod dunia yg dipegangnya sendiri.
Ok..nanti kita tunggu pulak acara final 4x100m lelaki. Jamaica antara yg layak beraksi walaupun ketika acara separuh akhir Bolt tidak diturunkan. Dorang bagi pelari simpanan beraksi dulu. Final nanti mesti ada Bolt utk memastikan Jamaica memenangi emas lagi.


TaTa..TiTi..TuTu..


Kecederaan halang kutipan pingat..

19.08.2016
JUMAAT

Tiada kutipan pingat untuk Malaysia di kem acara terjunan Olimpik Rio 2016 awal pagi tadi (waktu Malaysia) setelah penerjun wanita negara iaitu Pandelela Rinong dan Nur Dhabhitah Sabri sekadar di tempat ke 11 dan 10 sahaja dalam acara akhir Platform 10m.
Kecederaan otot yg dialami Pandelela antara faktor mengapa beliau tidak mampu membuat aksi terjunan yg terbaik utk pungutan mata sekaligus mengulangi kutipan pingat seperti di Olimpik London empat tahun lepas..
Tempoh utk berehat setelah aksi separuh akhir juga sangat singkat sebelum acara final berlangsung pada petang itu juga (waktu di Rio).

Gambar kredit Berita Harian online.
Acara ini telah dimenangi oleh penerjun dari negara China dengan mengungguli pingat emas dan perak. Manakala peserta dari Kanada memenangi pingat gangsa.

Tak mengapa Pandelela dan Nur Dhabitah. Kamu berdua sudah buat yang terbaik. Siapa lah yang tak mau menang, kan..


TaTa..TiTi..TuTu..

Thursday, 18 August 2016

Aksi menarik Usain Bolt..

18.06.2016
KHAMIS

Jom kita tengok gambar aksi2 menarik, lucu dan bersahaja Usain Bolt walaupun ketika itu sedang menghampiri garisan penamat ketika acara 200meter separuh akhir. Beliau telah menamatkan larian di tempat pertama dan bakal bersaing di peringkat akhir.


Gambar2 menarik ini diambil dari laman web ASTRO AWANI.
Terima kasih..


TaTa..TiTi..TuTu..

Mayat kanak2 hilang ditemui..

18.08.2016
KHAMIS

Polis telah menemukan seorang mayat kanak2 di Kg. Kemensah, Ulu Klang dipercayai kanak2 yg hilang di kawasan perumahan Jinjang Utara sejak Khamis minggu lepas iaitu Noor Amila Edrus Norsham.

Kredit Utusan Online
Apalah salah kanak2 yg tidak berdosa ini sehingga diperlakukan sedemikian. 
Semoga keluarga kanak2 ini tabah menerima berita ini. Takziah.
Al-fatihah..





Bukan mewakili rakyat Malaysia..

18.08.2016
KHAMIS

Tidak sepatutnya tajuk artikel ini sebegini rupa. Akhbar kamu bukan mewakili suara rakyat Malaysia. Kalau nak wat tajuk begini boleh...tetapi sebagai 'rasa' dari syarikat akhbar kamu sendiri iaitu sebagai pendapat peribadi / individu. Tetapi bukan mewakili perasaan kami rakyat Malaysia yg lain.
Peng Soon-Liu Ying hampakan jutaan rakyat Malaysia...huh, tajuk!!!!
Kaklong sebagai rakyat Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian pasangan beregu ini. Mereka sampai sejauh ini samgat membanggakan. Atas kertas...acara ini adalah bukan sasaran utama dalam pemburuan pingat tetapi mereka mampu memberi kejutan dengan memberi lagi sebutir pingat utk Malaysia.

Kepada akhbar Kosmo...terimalah teguran dan komen2 dari rakyat Malaysia tentang ini. Perbaikilah agar akhbar anda terus digemari sebagai wadah utk pembacaan ilmu dan pengetahuan tentang isu semasa. 


TaTa..TiTi..TuTu..


Beregu campuran Malaysia raih perak..

18.08.2016
KHAMIS

Tiada rezeki utk Malaysia memenangi pingat emas pertama dalam Olimpik Rio 2016 ini setelah pasukan beregu campuran negara iaitu Chan Peng Soon & Goh Liu Ying tewas 14-21, 12-21 di tangan pasukan lawan mereka dari Indonesia.

Sekadar memenangi pingat perak...namun itu sudah membuatkan kami berbangga dengan pencapaian itu. Nak ikutkan ini lah rasanya kali pertama pasukan beregu campuran negara mara sejauh ini iaitu sehingga ke perlawanan final. Mereka masih muda...mudah-mudahan terus kekal bersama dan mencari lebih skill utk persediaan di Olimpik Tokyo empat tahun akan datang.

Mereka sudah berusaha dan melangkah sejauh ini...syabas di atas kemenangan meraih pingat perak. Terbukti mereka juga adalah yang terbaik.

Gambar kredit dari FB Team Malaysia Olimpics

TaTa..TiTi..TuTu..



Wednesday, 17 August 2016

Lee Chong Wei ke semi final Olimpik 2016

17.06.2016
RABU

Lee Chong Wei melayakkan diri meneruskan ke perlawanan separuh akhir badminton lelaki selepas menewaskan pemain dari Taiwan Chou Tien-chen dengan straight set 21-9, 21-15.

Tahniah LCW. Semoga berjaya untuk ke final nanti.


**Gambar kredit mstar.com



TaTa..TiTi..TuTu..