Monday, 14 November 2016

Banjir kilat di Taiping..

14.11.2016
ISNIN

Banjir kilat berlaku di beberapa kawasan terutama di Aulong dan SMK King Edward VII Taiping.





TATA..TITI..TUTU..




Saturday, 15 October 2016

Sultan Kelantan bakal Agong ke-15

14.10.2016
JUMAAT

Alhamdulillah, negara Malaysia menerima Yang Di Pertuan Agong yg baharu.



SUMBER DARI KLIK LINK INI 


TaTa..TiTi..TuTu..

Monday, 10 October 2016

Atlit paralimpik terima imbuhan dari NAZA

10.10.2016
ISNIN

Empat orang atlit PARALIMPIK negara yg memenangi pingat emas dan gangsa di PARALIMPIK RIO 2016 baru2 ini telah menerima habuan seperti yg dijanjikan oleh NAZA CORPORATION HOLDING hari ini.
Ridzuan Puzi, Ziyad dan Abdul Lotif masing2 menerima satu unit suite mewah di TRION 888, Equine Park dan kereta KIA SPORTAGE keluaran terbaru bernilai RM121,888 setiap seorang. Manakala Siti Noor Radiah yg memenangi pingat gangsa dalam acara lompat jauh menerima kereta KIA K2 bernilai RM72,888.

Syabas dan tahniah..

KLIK SINI untuk berita penuh...


TATA..TITI..TUTU..

Thursday, 6 October 2016

Atlit karate M'sia di ranking no. 1 dunia

06.10.2016
KHAMIS

Atlit karate Malaysia, Syakilla Salni kini menduduki ranking nombor satu Liga Premier Persekutuan Karate Sedunia Karate1 acara kumite wanita 55kg.

Berita penuh di SINI..




TATA..TITI..TUTU

Monday, 19 September 2016

Air pasang besar di Port Weld, Taiping..

19.09.2016
SELASA

Bukan sahaja di Selangor...air pasang besar juga terjadi di Port Weld, Taiping Perak..





TaTa..TiTi..TuTu..

Air pasang besar di Selangor..

19.09.2016
ISNIN

Banjir pasang surut di beberapa kawasan di Pelabuhan Klang. Air pasang tertinggi dengan bacaan 5.6m menyebabkan air laut melepasi Ban yg telah di bina di persisiran laut..





Berita lanjut boleh KLIK SINI SIAKAP KELI

Lagi gambar berkaitan..




TaTa..TiTi..TuTu..




Monday, 12 September 2016

Latif hadiahkan emas ketiga negara..

12.09.2016
ISNIN

Seperti yg diramalkan atlet Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila memenangi acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima.

Latif dalam lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m.

Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula sekadar mencatatkan 6.79m.
Pingat perak dimenangi oleh atlet dari Croatia manakala gangsa dari Ukraine.

Tahniah Latif...
Dengan kejayaan itu, bakal menanti Abdul Latif adalah hadiah di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bernilai RM1 juta, elaun pencen seumur hidup bernilai RM5,000 sebulan dan insentif RM20,000 kerana berjaya memecahkan rekod dunia. - See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/abdul-latif-jelmakan-emas-ketiga-bersama-rekod-baharu-dunia-di-rio-1.381743#sthash.jdoVawKc.dpuf
Dengan kejayaan ini Latif bakal menerima insentif di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bernilai RM1juta, elaun pencen RM5k setiap bulan seumur hidup dan RM20k di atas pencapaian memecahkan rekod dunia.

Berita penuh boleh
KLIK ASTRO AWANI
KLIK UTUSAN MALAYSIA 
KLIK STADIUM ASTRO


 TaTa..TiTi..TuTu..


Sunday, 11 September 2016

Insentif berganda2 untuk Ridzuan Puzi dan Ziyad..

11.09.2016
AHAD

Alhamdulillah. Atlit paralimpik negara yg memenangi pingat emas utk acara masing2 pada tamasya Paralimpik Rio 2016 iaitu Ridzuan Puzi dan Ziyad bakal menerima insentif dari kerajaan seperti atlit Olimpik Rio 2016. Antaranya RM1juta dan RM5k elaun bulanan apabila memenangi pingat emas.

NAZA juga dikhabarkan akan memberi kediaman bernilai RM350k di Equine Park yg akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan kepada mereka selain Kia Sportage baru yg bernilai lebih RM121k.


Syabas Menteri Belia dan Sukan, KJ kerana membela nasib atlit PARALIMPIK negara..
Dikhabarkan juga...kerajaan negeri Selangor juga bakal memberi ganjaran kepada Ziyad atlit kelahiran Gombak, Selangor.


TaTa..TiTi..TuTu..

Dua atlit paralimpik menang emas dan cipta rekod dunia..

11.09.2016
AHAD

Kontinjen Malaysia pada temasya Paralimpik Rio 2016 telah melakar sejarah memenangi 2 pingat emas. Emas pertama menerusi pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) lelaki dengan masa 12.07s sekaligus memecahkan rekod dunia dan rekod paralimpik. Perak dimenangi oleh peserta dari China, gangsa dari negara Brazil selaku tuan rumah.

 

Emas kedua dari Muhammad Ziyad Zolkefli melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran). Ziyad yg pernah memenangi pingat gangsa Paralimpik London telah mencipta rekod baru dunia pada percubaan pertamanya dengan jarak 16.40m sekaligus memadam rekod lama.

Kemudian sekali lagi Ziyad mencipta rekod lebih baik pada lontaran percubaan ke-5 nya dengan jarak 16.84m sekaligus menjadi rekod dunia dan paralimpik terbaru.
Perak dimenangi dari Greece manakala gangsa dari Australia iaitu pemegang rekod acara yg sama pada Paralimpik London 4 tahun lepas.

Tahniah dan syabas kepada mereka berdua atas kejayaan ini. Kaklong pun tak leh nak lari 100m 12.07s tu dek. Mau seratus saat kot, heheh..
KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, melakar sejarah tersendiri selepas memenangi dua pingat emas, setiap satunya mencipta rekod dunia dan rekod paralimpik. Pingat emas pertama negara diperoleh menerusi pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy). Dalam acara yang berlangsung di Stadium Olimpik itu, Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadam rekod Sukan Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008. Pingat perak dimenangi Yang Yifei dari China dengan catatan 12.20s dan gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Rodrigo Parreira da Silva dengan 12.54s.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191777

Berita penuh boleh KLIK BERITA HARIAN


TaTa..TiTi..TuTu..

Saturday, 10 September 2016

Editing seram filem Train to KL..

09.09.2016
JUMAAT

Kreatif pulak orang yg mengedit gambar ni. Kebetulan filem Train to Busan pun sedang dimainkan di panggung wayang, kan...hahaha.. Kena sangat laa.
Tapi menurut netizen...filem Train to KL ni lebih seram, urm...camne laa seramnya tu ye. Katanya dok dalam tren tak berjalan 20 minit. Lepas tu kena turun berjalan kaki di tengah2 landasan LRT.
Gambar edit...seperti sebuah poster filem.
Gambar asal...hehe..


Tapi kan...bagi KakLong...mereka2 yg terlibat ngan peristiwa LRT terkandas tadi telah melalui satu pengalaman berharga. Bukan senang tu nak dapat pengalaman berjalan di tengah2 landasan LRT, kan. Leh selpi2...cantik jugak pemandangannya, heheh. Kerumitan dan lambat gi keje tu...biasalah. Kalo tak takde laa melalui pengalaman gini. Orang kata RARE. Pekerja2 LRT sendiri pun...bukan senang2 nak masuk ke landasan LRT tu. Berjalan beramai2 ketika hujan tadi boleh laa juga jadikan satu kenangan manis. Dugaan tadi tu kecil aje kalau nak dibandingkan dengan dugaan orang lain yg lebih hebat. Ada hikmah di sebaliknya.

Berita penuh boleh klik di SINI ASTRO AWANI..


TaTa..TiTi..TuTu..
 

Friday, 9 September 2016

Tambang percuma laluan LRT Kelana Jaya..

09.09.2016
JUMAAT

Berikutan masalah teknikal perkhidmatan LRT yang berlaku 2x dalam minggu ini..PRASARANA menawarkan tambang percuma tiga hari bermula 13 September (SELASA) ini kepada penggunanya bagi semua laluan LRT Kelana Jaya..

Kejadian pagi tadi..
 
Sumber dari Berita Harian Online..

Diharapkan mereka telah dapat mengenal pasti masalah tersebut dan perbaikinya utk kelancaran perjalanan pengguna2 perkhidmatan LRT ini..

TaTa..TiTi..TuTu..